February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Mas Ermieyati berkata perkara itu hanya diketahui selepas semakan dijalankan pegawai kementerian. 

Mas-Ermieyati-Samsudin_haji_600

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas
Ermieyati Samsudin mengesahkan beliau tidak mengetahui syarikat yang
mengendalikan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) mempunyai
orang bukan Islam dalam lembaga pengarahnya.

Mas Ermieyati berkata perkara itu hanya diketahui selepas semakan dijalankan pegawai kementerian.

“Saya dah minta pegawai saya semak dengan syarikat terbabit. Maklumat
kita dapat memang betul ada pemegang saham bukan Islam dalam lembaga
pengarah.

“Semalam bila perkara ini timbul baru kita dapat maklumat, sebab itu
saya dan pegawai saya kita lihat perkara ini tak sepatutnya berlaku,”
katanya dalam nada sebak pada sidang media di ibu negara hari ini.

Tambahnya, walaupun ahli lembaga pengarah syarikat yang bukan
beragama Islam itu telah meletakkan jawatan, ia tidak dapat membetulkan
kerosakan yang sudah berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti
masyarakat.

Katanya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz juga mengarahkan sistem itu dibatalkan.

“Saya sendiri tidak dapat menerima perkara ini, jadi saya minta
mereka semak dan bila buat semakan memang betul ada seorang CEO dan
diletak jawatan syarikat terbabit.”

“Pada saya letak jawatan tidak boleh diambil kira kerana kerosakan
sudah berlaku, sebab itu kita ambil kira perkara berlaku ini dan sebab
itu kita batalkan,” katanya.

Sistem IMAMS dibatalkan sehari selepas dilaksanakan semalam, susulan
bantahan daripada pemain industri, pembangkang dan parti kerajaan
sendiri.

IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk
diproses kedutaan Arab Saudi, dengan tujuan membanteras aktiviti
penipuan pakej umrah. Kerajaan dilaporkan bersetuju membenarkan syarikat
pengendali IMAMS mengutip GST dan bayaran untuk sistem pengurusan serta
insurans ke atas setiap rakyat yang hendak mengerjakan umrah menerusi
IMAMS.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons