February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH
ALAM: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
membuka semula kertas siasatan pembahagian lot tanah di Kampung Sungai
Yu, Tanjong Karang, mengundang persoalan.

Speaker Dewan Negeri
Selangor, Hannah Yeoh berkata, hal itu ekoran tindakan membuka semula
siasatan berkenaan dilakukan selepas Ketua Perhubungan Umno Selangor,
Tan Sri Noh Omar mengadakan satu sidang media meminta supaya PRM
menyiasat semula kes berkenaan.

“Pada
27 November lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,
Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) apabila mengetahui
SPRM menjalankan siasatan, menulis surat kepada suruhanjaya itu untuk
mengetahui hasil siasatannya.

“Pada 29 November lalu, SPRM
membalas surat itu dan menyatakan selepas disiasat dengan teliti,
dianalisis dan kajian dibuat, mendapati tiada unsur salah guna kuasa
berlaku berhubung perkara berkenaan.

“Selepas
itu, SELCAT menghantar cadangan penambahbaikan kepada Kerajaan Negeri,
namun pada 11 Disember lalu, Tan Sri Noh Omar, Menteri Persekutuan
meminta SPRM membuka siasatan isu itu” katanya pada sidang medianya di
Pejabat Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau
berkata, hanya dua hari selepas Noh mengeluarkan ‘arahannya’ kepada
SPRM, pada 13 Disember lalu, beliau dikejutkan apabila Pejabat Dewan
Negeri Selangor didatangi SPRM untuk mendapatkan senarai saksi dan
dokumen berkaitan.

Katanya, apabila ditanya kepada pegawai SPRM
terbabit, beliau dimaklumkan bahawa tindakan sepantas kilat itu dibuat
selepas mendapat arahan dari ‘Putrajaya’ untuk membuka semula kertas
siasatan.

Hannah berkata, SPRM perlu sedar bahawa DNS mempunyai immuniti daripada sebarang tindakan mahkamah.

“SELCAT
adalah sebahagian DNS dan tindakan SELCAT adalah bebas politik. Ini
jelas dilihat dalam cadangannya kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Katanya,
SPRM seharusnya tidak memilih dengan hanya bertindak sepantas kilat
terhadap isu membabitkan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan
sahaja.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons