February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


JOHOR BAHRU 17 Dis. – Menampilkan enam orang peserta, Aishah, 52, mengesahkan kejuaraannya di pentas akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV4), yang berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, di sini.

Dengan kemenangan tersebut, Aishah sekali gus mengetepikan cabaran lima finalis lain iaitu Liza Hanim yang berada di tempat kedua, Lan (ketiga), Hazami (keempat), Firman (kelima) dan Tia (keenam).

Membawakan lagu asal nyanyian Celine Dion iaitu All By My Self secara solo, sebagai juara, Aishah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.

Sementara itu, Liza dan Lan pula masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM50,000 serta RM30,000.

Selain itu, Aishah, Liza dan Lan juga mendapat hadiah berupa pakej percutian ke luar negara dan sebidang tanah.

Bagi Hazami, Firman dan Tia, ketiga-tiga mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut diberikan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, RM15,000 serta RM10,000.

Hadiah wang tunai adalah sumbangan Astro dan Qu Puteh, di samping syarikat pengembaraan selamatbercuti.com dan Bina Megan Empire selaku penaja bersama. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons