February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS
 

Post Pic

 

 

IPOH: Seorang bekas ketua polis daerah (KPD) yang ditahan reman
sembilan hari bagi membantu siasatan kes rasuah, dibebaskan hari ini.

 

Pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner berusia 59 tahun itu
bersama isterinya yang berumur 54 tahun serta seorang ahli perniagaan
wanita berusia 34 tahun, ditahan reman sejak 8 Disember lalu.

 

Memetik laporan BH Online, Majistret Nurul Asyifa Redzuan membebaskan
mereka dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

SPRM dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 8 Disember lalu, menyatakan
suspek ditahan di pejabat SPRM Perak jam 7.30 malam 7 Disember bersama
isteri dan ahli perniagaan wanita berkenaan.

 

Susulan itu, pasukan penyiasat SPRM menjalankan operasi penggeledahan
di rumah pegawai polis berkenaan dan menemui wang tunai hampir RM1 juta
serta barangan kemas dalam kotak kasut dan peti besi. 

 

Siasatan awal SPRM mendapati ahli perniagaan wanita itu dipercayai
mempunyai kepentingan dengan pegawai polis terbabit ketika bertugas
sebagai KPD dan memberikan wang tunai untuk majlis perkahwinan anak
suspek pada Februari lalu.

 

Ahli perniagaan wanita terbabit memasukkan wang RM70,000 ke dalam akaun
isteri pegawai polis berkenaan dengan dua transaksi iaitu RM20,000 dan
RM50,000.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons