February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Manzaidi Mohd Amin

Husam Musa

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan 4
Januari depan bagi perbicaraan saman pemula Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Salor, Datuk Husam Musa.

Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar, Wan Nor Aklima Wan Salleh
untuk membolehkan pihak Husam yang diwakili peguam Hasif Azham Rizal dan
Pas Kelantan menyediakan dokumen sebelum dikemukakan pada 2 Januari.

Husam mengemukakan saman pemula bagi menuntut haknya ke atas bangunan
Wisma Tok Guru yang dijadikan pejabat DUN Salor selepas mendapat
kebenaran daripada pemilik asal tanah itu, Allahyarham Datuk Rosli
Ibrahim sebelum dijual.

Defendan yang juga Setiausaha Kerja Pas Kelantan, Mohd Yasin Yusoff diwakili peguam Nor Bahrom & Co.

Sebelum ini, mahkamah menolak permohonan injunksi Husam terhadap pemilik tanah itu.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache,
selepas mengambil kira keterangan Husam selaku plaintif dan defendan
Mohd Yasin, melalui peguam masing-masing. – MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons