February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor, mendakwa
ikrar yang dilakukan Lim Kit Siang dalam Deklarasi Setapak pada tahun
1967 merupakan bukti kukuh Ketua Ahli Parlimen DAP itu bercita-cita mahu
menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, sejak ikrar Deklarasi Setapak yang inti utamanya adalah
untuk menghapuskan hak keistimewaan Bumiputera, Kit Siang tidak pernah
jemu-jemu menyertaiPilihan Raya Umum (PRU) untuk menjadi Ahli Parlimen
dari tahun 1969 hingga sekarang.

“Apabila Deklarasi Setapak diumumkan, di situ kita sudah nampak
perancangan DAP selama ini adalah untuk menolak Bumiputera selain
merancang mahu menjadikan pemimpin bukan Bumiputera sebagai Perdana
Menteri sekiranya berjaya mentadbir negara.

“Tambahan pula, kita lihat perjuangan Kit Siang yang begitu panjang
dalam politik termasuk bersama DAP hampir 50 tahun selain menjadi Ahli
Parlimen paling lama iaitu sejak beliau berumur 28 tahun.

“Mengapa hingga kini Kit Siang enggan bersara daripada politik? Saya
percaya ia mungkin ada kaitan dengan cita-citanya yang belum kesampaian,
untuk menjadi Perdana Menteri.

“Sekurang-kurangnya memberi laluan kepada anaknya, Guan Eng untuk
menjawat jawatan berkenaan,” katanya yang berjuang bersama DAP selama 26
tahun, ketika dihubungi BH.

Sebelum ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Jawi, Tan Beng Huat, mengakui beliau pernah mendengar ‘cakap-cakap’ di dalam DAP mengatakan Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri, walaupun Ahli Parlimen Gelang Patah itu sering menafikan berniat demikian.

“Kami (ahli parti) sudah beberapa kali mendengar Kit Siang meletakkan harapan mahu mengetuai negara dari dahulu lagi.

“Sekarang saya bimbang memikirkan apa yang akan terjadi jika dia berjaya mencapai cita-citanya itu.
“Dia (Kit Siang) bukan sahaja tidak bertolak-ansur, dia juga
diktator. Cuba lihat apa yang dia dan anaknya lalukan terhadap mereka
yang menentang,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons