February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


WEST BROMWICH, England 18 Dis. – Walaupun ketinggalan jauh di belakang pendahulu, Manchester City, namun Manchester United memastikan pasukan jiran mereka itu tidak terlalu selesa apabila terus menghambat skuad The Citizens selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

United merapatkan jurang dengan City kepada 11 mata selepas jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-27 dan Jesse Lingard pada minit ke-35 memastikan tiga mata berharga dikutip anak-anak buah Jose Mourinho di Stadium The Hwathorns.

West Brom yang dibimbing Alan Pardew bagaimanapun memberi tekanan hebat kepada Red Devils sepanjang permainan, terutama selepas berjaya merapatkan kedudukan kepada 1-2 menerusi Gareth Barry pada minit ke-77.

Kemenangan ke-13 daripada 18 perlawanan musim ini menyaksikan United kekal di tangga kedua liga dengan 41 mata, tiga mata mengatasi pasukan tangga ketiga, Chelsea. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons