February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Timbalan menteri berkata projek penyelidikan bersama memberi manfaat kepada Malaysia, China dan negara Asia Tenggara lain.

Abu-Bakar-Mohamad-Diah_malaysia_china_marin_600

KUALA LUMPUR: Malaysia dan China meningkatkan “diplomasi lembut”
menerusi jalinan kerjasama penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi
marin di kawasan Laut China Selatan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar
Mohamad Diah berkata pelbagai projek penyelidikan bersama yang
dilaksanakan kedua-dua negara setakat ini, telah mencapai kejayaan dan
memberi manfaat bukan sahaja kepada Malaysia dan China malah negara lain
di Asia Tenggara.

“Kerjasama penyelidikan saintifik marin yang dilaksanakan tahun ini,
sama seperti pada tahun-tahun sebelumnya, antara saintis Malaysia, China
dan negara lain Asia Tenggara, terus mengenal pasti punca utama
pelbagai kebimbangan yang wujud berkaitan sains serta berusaha ke arah
meringankan beban yang dipikul masyarakat melalui kemajuan saintifik.

“Melalui kerjasama ini, saintis Malaysia mencatat antara jumlah
tertinggi dari segi projek penyelidikan bersama. Usaha ini ditingkatkan
bukan sahaja untuk memahami proses penting yang melibatkan lautan,
tetapi juga diplomasi lembut dalam membina keyakinan dan tata laku
baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kerjasama Marin
China-Negara Asia Tenggara Kelima hari ini.

Beliau berkata sebahagian besar aktiviti penyelidikan itu
dilaksanakan di perairan Malaysia dan bagi kes yang melibatkan kajian
atmosfera laut lepas, para penyelidik Malaysia dan China perlu mematuhi
undang-undang dan peraturan Malaysia.

Forum Kerjasama China-Asia Tenggara itu dihoskan Pentadbiran Kelautan
Negara China dengan sokongan kementerian berkenaan serta dianjurkan
bersama oleh Universiti Malaya dan First Institute of Oceanography,
China.

Lebih 100 anggota perwakilan daripada pihak berkuasa kawal selia
marin China, Kemboja, Indonesia, Thailand, Malaysia, Vietnam, Filipina
dan Brunei serta pakar daripada institusi saintifik marin menghadiri
forum 2 hari itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons