February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Apakah anda tergolong dalam kumpulan yang menerima ‘rasuah yang bertentangan dengan undang-undang’ seperti yang dinyatakan?


Artikel terbaru dalam blognya, Dr Mahathir Mohamad menulis bahawa pada dasarnya beberapa polisi kerajaan adalah rasuah dan terang-terangan yang bertentangan dengan undang-undang.

Di bawah adalah senarai kelompok rakyat yang dilabelkan perasuah oleh Mahathir Mohamad. Di antaranya:

1. 33,000 orang rakyat yang menjawat Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Desa (JKKK).

2. 6,320,769 orang rakyat yang menerima BR1M tahun 2017.

3. 21,000 nelayan yang menerima elaun.

4. Veteran anggota tentera (yang selama ini berbakti untuk negara) menerima skim pencen baharu.

Sikap Mahathir yang menghina jutaan rakyat Malaysia terutamanya penerima BR1M bukanlah satu perkara yang baharu.

Malah, konsep ini yang menyebabkan Mahathir menarik balik sokongan beliau kepada Najib Razak pada 18 Ogos 2014. Di bawah adalah alasan Mahathir yang sebenarnya dan telah dilupai oleh kita.

Ianya hanyalah beberapa isu yang melibatkan polisi kerajaan yang tidak disukai oleh beliau, bukannya 1MDB dan RM2.6 bilion.

Di antaranya :

a. Mahathir tidak setuju ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh kerana tindakan itu tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan.

b. Tidak setuju sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran. Mahathir mungkin merujuk kepada projek jambatan bengkok di Johor-Singapura.

c. Tidak setuju pemberian wang Kerajaan kepada rakyat (kecuali betul-betul miskin) Beliau mendakwa cara ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya dan semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka.

d. Tidak bersetuju cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu.

e. Tidak bersetuju gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos.

Mahathir juga mendakwa Najib Razak telah menjejaskan lagi dana kerajaan kerana menaikkan gaji penjawat awam dan menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta orang.

Kenyataan itu jelas bermaksud bahawa Pakatan Pembangkang terutamanya DAP, akan mengurangkan jumlah penjawat awam.

TETAPI alasan-alasan ini tidak mendapat sambutan, maka Mahathir terpaksa mencari topik baharu di dalam komplot beliau untuk menjatuhkan Najib. Topik-topik seterusnya pun gagal dan Najib Razak masih kekal menjadi Perdana Menteri.

Kata mudah, 6.3 juta rakyat Malaysia tidak akan menerima BR1M dan 1.6 juta penjawat awam tidak menerima kenaikan emolum jika Najib mendengar cakap Mahathir dan jika Pakatan Pembangkang mentadbir negara.

Persoalannya, apakah anda dan 6.5 juta rakyat Malaysia adalah perasuah yang melanggar undang-undang seperti yang dinyatakan oleh Mahathir Mohamad?

Bagaimana pula dengan perasuah besar perompak kekayaan dan anak-anaknya yang kaya raya seperti yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim di dalam video ini?

Apa jadi dengan ‘pendedahan’ ini? Apa mungkin ianya tiba-tiba hilang begitu sahaja hanya kerana Mahathir sudah bersekongkol dengan pembangkang? Tidak mungkin.

Apakah pembangkang ingat rakyat begitu bodoh dan lupa dengan segala polemik politik sebelum ini?

Realitinya, perkara-perkara ini tidak mungkin akan dapat dilupai oleh rakyat Malaysia.

Malah, ianya menyebabkan rakyat tidak percaya langsung barisan kepimpinan Pakatan Pembangkang.

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons