February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


RIYADH 16 Dis. – Selepas diberi kebenaran memandu kereta mulai Jun tahun depan, golongan wanita di sini kini diberikan pula peluang untuk memandu trak serta menunggang motosikal.

Perkara itu dimaklumkan oleh Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi menerusi satu kenyataan hari ini.

“Ya. kami akan membenarkan wanita untuk menunggang motosikal serta memandu trak selepas ini,” ujar kenyataan itu.

Difahamkan, undang-undang baharu itu digubal bagi memberi ‘kesaksamaan’ terhadap golongan lelaki dan wanita untuk memandu.

Lembaga tersebut bagaimanapun menambah, tidak ada sebarang nombor pendaftaran khas akan diwjudkan bagi membezakan kedua-dua pemandu berkenaan.

September lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan perintah untuk membenarkan wanita di negara ini memandu kereta bermula Jun 2018.

Keputusan bersejarah itu sekali gus menjadikan Arab Saudi sebagai negara terakhir di dunia yang membenarkan wanita memandu kenderaan.

Larangan wanita memandu dianggap masyarakat global sebagai simbol penindasan ke atas wanita di negara Teluk itu dan perintah terbabit dikeluarkan selepas aktivis wanita Arab Saudi tanpa pernah jemu memperjuangkan hak mereka sejak beberapa tahun lalu. -AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons