February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin cuba mengelirukan Rakyat kerana mendakwa Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak membawa keuntungan sebaliknya menyusahkan negara kerana perlu membuat pinjaman. Dipetik kenyataan beliau di dalam Free Malaysia Today, baca di sini, menggesa Kerajaan untuk membawa pelaburan ke negara ini supaya peluang pekerjaan akan dapat disediakan kepada Rakyat.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tidak pernah berselindung atau menyembunyikan apa-apa fakta. Dari awal lagi beliau telah memaklumkan bahawa Malaysia telah mendapat syarat pembiayaan menarik dengan 85% dibiayai pinjaman mudah dengan kadar faedah 3.25% daripada China Exim Bank, dengan tempoh moratorium 7 tahun. 

Sementara 15% lagi projek ECRL dibiayai program sukuk yang diuruskan  bank-bank pelaburan tempatan. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri telah menetapkan syarat sekurang-kurangnya 30% kontraktor Malaysia terlibat di dalam ECRL dan pelajar Malaysia yang mengikuti latihan industri ECRL diambil bekerja.

Menjawab pertanyaan Tun Daim adakah ECRL membawa keuntungan kepada Malaysia? Jawapannya adalah YA! ECRL akan mengimbangi pembangunan ekonomi Pantai Barat dan Timur kerana merangsang pelaburan, menggalakkan kegiatan komersial, mewujudkan pekerjaan, pendidikan berkualiti dan merancakkan industri pelancongan di Pantai Timur.

Kedua, Pelabuhan Kuantan bakal menjadi terminal laut dalam yang mampu menampung  kapal lebih besar sehingga 200,000 tan berat muatan atau kapal yang boleh membawa 18,000 unit dua puluh kaki kontena.

Sama seperti ‘Self Proclaimed Top Dog’ Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, Tun Daim juga terdesak untuk menjatuhkan kerajaan DS Najib Tun Razak semata-mata kerana mahu menjaga kepentingannya melebihi kepentingan negara dan Rakyat. Kesimpulannya, menjawab pertanyaan Tun Daim sama ada ECRL adalah bentuk pinjaman atau pelaburan, apa yang pasti ECRL adalah pelaburan Malaysia untuk masa depan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons