February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


JOHOR BAHRU 18 Dis. – Polis Johor sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tikam dan langgar hingga menyebabkan kematian di stesen minyak di Taman Pelangi, di sini malam tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pihaknya sedang giat mengesan untuk menangkap suspek.

Katanya, kenderaan jenis BMW 520i yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran WB79L yang bukan miliknya.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kenderaan yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran milik orang lain. Pemilik asal telah dikesan dan setelah ditemubual mendapati tiada kaitan dengan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Khalil berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini mendapati mangsa meninggal dunia akibat tikaman.

“Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat terhadap kejadian ini agar menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Johor di talian 07-2212999 segera,” katanya. –

UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons