February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

PUTRAJAYA:
Kuala Lumpur menduduki tempat ke-10 dalam senarai bandar raya yang
menerima kedatangan pelancong asing tertinggi, mengikut laporan Top 100
City Destinations Ranking 2017 terbitan Euromonitor International.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkata kejayaan itu merupakan
hasil usaha kerajaan dalam mempromosikan Malaysia serta melonjakkan
Kuala Lumpur sebagai destinasi tarikan pelancongan utama dunia.

Keputusan menjadikan Jalan Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya
termasuk Jalan Alor sebagai pusat beli-belah terkenal dan moden
membuahkan hasil apabila bilangan pengunjung bertambah secara mendadak
dan setaraf dengan pusat beli belah terkenal di dunia seperti Oxford
Street di London, Shinjuku di Tokyo dan Tsim Sha Tsui di Hong Kong.

“Sebagai destinasi beli-belah terkenal, Kuala Lumpur menjadi tumpuan
pelancong antarabangsa dengan menawarkan harga berpatutan, menyediakan
infrastuktur yang mesra pelanggan dan sistem pengangkutan awam yang
efisien,” kata kementerian dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kementerian itu berkata Kuala Lumpur berkembang daripada sebuah
penempatan perlombongan dan kini muncul sebagai kota raya yang pesat
maju dengan kemudahan infrastruktur dan sistem pengangkutan serta
komunikasi moden.

Selain itu, Kuala Lumpur juga menawarkan banyak tarikan dan keunikan
lain termasuk Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Bangunan
Sultan Abdul Samad dan Hutan Simpan Bukit Nanas.–Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons