February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ketua Pengarah JASA, Mohd Puad Zarkashi berkata tindakan Mahathir menyokong pembebasan Anwar ada kaitan dengan agenda sulit yang dirancangkan oleh Muhyiddin Yasin yang juga Presiden PPBM.

Menurut Puad, Muhyiddin telah merancang untuk menyingkirkan Mahathir disebabkan pengaruhnya yang kuat di PPBM dengan menggunakan kekuatan dan pengaruh Anwar Ibrahim yang mampu ‘mengikat’ sokongan DAP bagaimanapun langkah itu gagal selepas ‘perancangan sulitnya’ berjaya dihidu oleh Mahathir.

“Muhyiddin seperti hilang daripada radar politik. Namanya jarang disebut. Ceramahnya kurang mendapat sambutan. Muhyiddin jauh tenggelam berbanding Shafie Afdal di Sabah.

Kehadirannya dalam Pakatan Harapan seperti tidak relevan. Walaupun Presiden PPBM, tetapi Pengerusi parti lebih berkuasa dan sering mengeluarkan kenyataan rasmi parti.

Mengenali Muhyiddin semasa dalam UMNO, dia tidak ada kekuatan sendiri. Dia bergantung kepada kekuatan orang lain. Pengikut tegarnya tidak setegar mana. Sebab itu di Pagoh, cawangan UMNO yang bubar tidak ada. Dia hanyalah opportunis dan manipulator di saat terakhir apabila berlaku konflik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurut Puad lagi Mahathir dan Muhyiddin tidak serasi di antara satu sama lagi tambahan pula Mahathir masih berupaya menjadi seorang diktator.

“Kini dia tersepit dalam PPBM. Tun M masih berkeupayaan sebagai diktator dalam PPBM. Mahyuddin tidak boleh berbuat apa apa. Ketiadaan “chemistry” Muhyiddin-Tun M antara punca PPBM gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan,” katanya.

Hasrat Muhyiddin untuk menggunakan pengaruh Anwar juga gagal apabila bekas Perdana Menteri itu dengan segeranya mengumumkan menyokong pembebasan Anwar Ibrahim dan mengiktirafkan Anwar sebagai tahanan politik.

“Dia merancang untuk menyisihkan Tun M. Tetapi Tun M ada pendinding iaitu Lim Kit Siang. Undi Cina penting. Muhyiddin nampak hanya satu jalan sahaja iaitu menggunakan rakan karibnya semasa dalam UMNO iaitu Anwar. Lagi pun Wan Azizah dan family masih ada dendam pada Tun M. Dan Anwar pun ada pengaruh pada DAP.

Tetapi Tun M dapat membaca gerakan sulit ini. Lantas dia umum menyokong pembebasan segera Anwar. Konspirasi dalaman PPBM telah bermula,” katanya lagi mengakhiri kenyataan berkenaan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons