February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUCHING: Parti tunjang Barisan Nasional (BN) di Sarawak, Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan mencalonkan ADUN untuk bertanding
kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan
datang.

 

Menurut Presidennya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pendirian
itu untuk memberi keadilan kepada rakyat yang telah memilih wakil rakyat
yang dapat memberi khidmat sepenuh masa dan terbaik di kawasan Parlimen
masing-masing.

 

“Ini merupakan pendirian PBB, namun berharap parti komponen lain dalam
BN negeri akan turut mengambil pendirian yang sama,” katanya pada sidang
media selepas merasmikan mesyuarat PBB cawangan Satok, di sini hari
ini.

 

Selain PBB, BN Sarawak dianggotai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),
Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak
(SPDP).

 

Sebanyak 31 kerusi Parlimen akan dipertandingkan di Sarawak pada PRU14.

 

Manakala sebanyak 82 kerusi DUN Sarawak telah dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri ke-11, tahun lalu.

 

Abang Johari, yang juga pengerusi BN negeri, berkata semua calon PRU14
dari Sarawak akan disaring oleh pelbagai agensi berkaitan sebelum nama
mereka diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila
tiba masanya nanti.

 

Beliau berkata antara agensi itu termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), polis, Jabatan Insolvensi, imigresen dan juga Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Menurutnya, proses saringan itu tidak harus dipandang ringan bagi
mengelak pilihan raya kecil terpaksa diadakan apabila kemenangan calon
dibatalkan kemudian atas pelbagai sebab.

 

“Ia pernah berlaku (pilihan raya kecil) sebelum ini di dalam mahupun di luar negeri ini.

 

“Kita tidak mahu kontroversi kelak…soal kelayakan mungkin boleh
diputuskan oleh mahkamah, tetapi itu soal lain, yang penting tidak mahu
ada kemungkinan pilihan raya kecil kemudian…ia banyak membazir waktu dan
tenaga,” katanya.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons