February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia telah menangkap suspek kes bunuh seorang lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, Johor.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Polis Johor menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung tangkapan suspek kes bunuh di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Azman Ayob mengesahkan maklumat yang tular di laman sosial Facebook (FB) yang turut dikongsikan di aplikasi sembang adalah tidak tepat memandangkan belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Beliau berkata, penularan maklumat itu perlu dihentikan supaya tidak mengganggu siasatan pihak polis.

“Maklumat tidak tepat. Kita seru hentikan tular liar yang boleh mengganggu siasatan. Isu masih dlm siasatan. Belum ada tangkapan dan kita akan makumkan jika ada perkembangan.”

 

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Bernama

Sinar Harian

Harian Metro



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons