February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 18 Dis. – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyambut baik laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atasnya oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai ekoran isu penjualan tanah kerajaan di ibu negara.

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut berterima kasih terhadap laporan yang akan dibuat itu serta yakin akan menyerlahkan sisi benar mahupun fitnah dan tohmahan yang dihadapinya termasuk kerajaan.

Menurut Tengku Adnan, terdapat kumpulan yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membantah pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan mereka dan sekitar Kuala Lumpur.

“Saya tidak akan berkompromi dengan tindakan pihak-pihak tertentu tersebut yang bertentangan dengan undang-undang dan adalah untuk kepentingan peribadi,” katanya melalui satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat Kok Wai untuk membuat laporan kepada SPRM terhadapnya berhubung jual beli 45 bidang tanah kerajaan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang didakwa tidak melalui tender terbuka baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons