February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Pengurusan kes rayuan itu bermula 2.30 petang tadi,
tetapi sehingga 4 petang, Tian Chua dan peguamnya gagal hadir tanpa
memberi sebarang alasan kukuh.

tian-chua_law

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan
waran tangkap ke atas Tian Chua yang tidak menghadiri pengurusan kes
rayuannya terhadap kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948, pada 2013.

China Press melaporkan pengurusan kes rayuan itu bermula 2.30 petang
tadi, tetapi sehingga 4 petang, naib presiden PKR itu bersama peguamnya
gagal hadir tanpa memberi sebarang alasan kukuh.

Hakim Datuk Sofian Abd Razak membidas ahli Parlimen Batu itu tidak
menghormati mahkamah dan mengeluarkan perintah waran tangkap ke atasnya.

“Memandangkan ini adalah kes jenayah, kehadiran perayu dimestikan.
Tetapi hari ini, peguam perayu turut gagal hadir,” katanya sambil
menetapkan 18 Januari 2018 untuk pengurusan kes.

Pada 28 September 2016, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan
hukuman penjara 3 bulan dan denda RM1,800 kepada pemimpin pembangkang
berusia 54 tahun itu kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan
berbaur hasutan dalam ceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan
Selangor antara 8.55 malam hingga 11.15 malam, 13 Mei 2013, seminggu
selepas pilihan raya umum ke-13.

Dia didakwa mengeluarkan ucapan berbaur hasutan itu dengan mengajak
orang ramai turun ke jalan raya bagi membantah kemenangan Barisan
Nasional (BN) pada PRU13.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan
1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang
memperuntukkan hukuman penjara 5 tahun atau denda.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons