February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kalau dulu, sewaktu dia masih lagi bersama dengan UMNO pun, Tun Mahathir tetap kelihatan agak keberatan untuk mengumumkan siapa yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Walaupun pada ketika itu, bekas Perdana Menteri itu kerap kali mengkritik kepimpinan YAB Datuk Seri Najib, namun dia tetap enggan menamakan siapa calon pengganti yang sesuai.

Persoalan itu pernah dibangkitkan oleh ahli UMNO sendiri. Tetapi malangnya, Tun Mahathir gagal untuk menamakan calon yang sesuai sebagai pengganti kepada Datuk Seri Najib.

Makanya, tak hairan la sekiranya kemelut kepimpinan dalam Pakatan Haprak tu masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Nak pulak isu berkaitan dengan nama calon Perdana Menteri.

Kemelut calon itu kekal berpanjangan dan pakatan gandingan PKR, DAP, PAN dan PPBM itu dikatakan akan sekali lagi mengumumkan calon terbaharunya pada bulan Januari tahun depan.

Setiausaha Agung DAPigs berkata, partinya masih mengekalkan Si Ketua Penipu tu sebagai calon utama, namun dia masih dipenjara. Maka calon lain perlu dipilih untuk mengisi kerusi berkenaan.

“Ia akan diumumkan bulan hadapan,” kata Guan Eng yang kemudiannya menambah “harap-haraplah”.

Pakatan pada tahun 2015 secara rasmi mengumumkan Si Ketua Penipu tu sebagai calon Perdana Menteri pilihan mereka selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Pengumuman yang dibuat ketika Kongres PKR itu disokong oleh Penasihat DAPigs, Lim Kit Siang dan Presiden PAN yang turut hadir. Tetapi Tun Mahathir tetap tidak menunjukkan sokongan secara rasmi.

Seterusnya pada Disember 2017, Pakatan Harapan sekali lagi menukar keputusannya dengan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai Timbalan.

Walaubagaimana pun, timbul pula desas – desus yang mengatakan bahawa Si Ketua Penipu itu tidak bersetuju dengan pencalonan tersebut. Begitu juga sebilangan besar pemimpin PKR yang masih menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons