February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dilihat
memperlekehkan negara Islam sebagai negara paling korup di dunia dengan
bersandarkan kepada indeks persepsi rasuah Transparency International
sepanjang 22 tahun lalu.

“Dalam indeks CPI 2016 yang menyenaraikan 176 buah negara, 20 negara teratas adalah negara bukan-Islam.

“Tujuh daripada negara paling korup dalam senarai 176 negara itu
adalah negara umat Islam,”katanya sepertimana dilaporkan organ DAP, Roketkini.

Kit Siang berkata demikian sebagai membidas kenyataan Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan DAP tidak boleh disokong
menjadi Perdana Menteri kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak bersih
walaupun ditadbir parti itu.

Menempelak kenyataan Abdul Hadi itu, Kit Siang bertanya kenapa PAS
bersedia bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya
benar DAP sebuah parti yang tidak bersih.

“Selama tujuh tahun, dari 2008 hingga 2015, Hadi mengetuai PAS untuk
bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan
UMNO-BN di Putrajaya.

“Bila masanya Hadi menyedari DAP itu ‘tidak bersih’ dan tidak layak bekerjasama?” soal Kit Siang.

Dakwa pemimpin supremo DAP itu lagi, PAS tidak senang dengan DAP
apabila usaha parti Islam itu untuk mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah
sebagai bakal PM pada tahun 2012 tidak disokong oleh DAP.

“Adakah sekiranya DAP menyokong Hadi sebagai calon Perdana Menteri,
ia akan kembali suci murni di mata Ahli Parlimen Marang itu?,”soalnya
lagi



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons