February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PULAU PINANG 19 Dis. – Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang merupakan suspek kes tembak sebuah rumah di Jalan Ismail Cik Mat di sini pada 10 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, tangkapan dibuat pada pukul 8.45 pagi dan merampas sebuah telefon bimbit jenis Samsung Model GT-E1200Y.

“Suspek berusia 49 tahun itu tidak mengakui terlibat dalam kes berkenaan namun dia direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Sekyen 506 kanun sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 10 Januari lalu kira-kira pukul 6.30 pagi, mangsa berusia 40-an menyedari beberapa kelongsong peluru di bahagian luar rumahnya dan mendapati dinding, pintu masuk dan ruang tamu mempunyai kesan tembakan.

Bagaimanapun, mangsa dan keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selepas pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia mendapati dua lelaki yang menunggang motosikal melalui kediaman mereka sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan kira-kira pukul 5 pagi. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons