February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN:

Pihak kementerian memperjelaskan laporan bahawa pelaksanaan Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang dijadualkan bermula Januari 2018, ditangguhkan sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pelaksanaan Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) ditangguhkan hingga perincian penyeragaman peraturan kemasukan kenderaan asing di semua pintu masuk negara dimuktamadkan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beberapa perincian dan semakan semula berhubung penyeragaman peraturan berkenaan perlu dilakukan sebelum ia mula dikuatkuasakan.

Katanya, apabila dimuktamadkan, semua pintu masuk negara termasuk di Singapura dan Thailand akan melaksanakan VEP secara serentak.

“Kita masih memerlukan sedikit lagi masa memperincikan penyeragaman peraturan berhubung kemasukan kenderaan asing di pintu masuk negara di Singapura dan Thailand sebelum ia (VEP) dilaksanakan,” katanya.

SUMBER:

Berita Harian 
Sinar Harian



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons