February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DHAKA 20 Dis. – Bangladesh dan Myanmar semalam mengulangi komitmen kedua-dua negara untuk memulakan penghantaran pulang pelarian Rohingya bermula Januari ini di sebalik kebimbangan tiada jaminan keselamatan terhadap etnik itu sekiranya mereka pulang.

Setiausaha luar kedua-dua negara mengadakan pertemuan di Dhaka, semalam bagi memuktamadkan perjanjian yang ditandatangani pada 23 November lalu untuk penghantaran pulang pelarian secara sukarela melibatkan hampir tiga perempat daripada satu juta etnik Rohingya yang tinggal di kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh.

Kementerian luar Bangladesh dalam satu kenyataan berkata, kumpulan kerjasama baharu ini akan mematikan penghantaran pulang dalam tempoh dua bulan dengan membangunkan jadual untuk pengesahan identiti pelarian dan logistik kepulangan pelarian. – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons