February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BALING 19 Dis – Niat dua lelaki mencuri tiga ekor kambing terhalang apabila terserempak dengan anggota peronda polis di Jalan Carok Nau, dekat sini, kira -kira pukul 5.30 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Baling, Deputi Superintenden Mohd. Yusuf Shaari berkata, ketika kejadian anggota polis yang membuat rondaan di kawasan itu terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Honda Jazz dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan.

“Ketika mendekati kereta itu didapati dua lelaki memasukkan kambing ke dalam kenderaan dipercayai untuk mencuri.

“Tindakan pantas anggota  keluar dari kereta peronda dan berjaya menangkap dua lelaki berkenaan,” kata Mohd. Yusuf di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan itu dimuatkan dengan tiga ekor kambing yang masih hidup di bahagian belakang penumpang kenderaan dipercayai kambing yang dicuri.

Polis turut menemukan jarum sumpitan (5), beg galas(1), botol bekas ubat pelali (1) dan sebatang paip PVC digunakan sebagai penyumpit di dalam kereta itu.

Katanya, lelaki yang ditahan  masing-masing berumur 33  dan 48 tahun serta mempunyai rekod mencuri.

“Semakan ke atas kenderaan yang digunakan tiada mempunyai rekod hilang.

“Siasatan masih dijalankan suspek mendapat perintah reman daripada mahkamah Sesyen Baling selama empat hari,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons