February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


RANTAU PANJANG 19 Dis. – Lebih 100 ahli keluarga Tok Wan Napi Rantau Panjang teruja dapat bertemu dengan bintang bola sepak Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal, 19, yang merupakan sebahagian keluarga mereka dalam satu majlis di sini hari ini.

Menariknya ini merupakan pertemuan sulung mereka dengan Wan Kuzain yang terkenal dengan jolokan Messi Amerika.

 Wakil keluarga Tok Wan Napi, Nashran Nasuha berkata, dia dan seluruh ahli keluarga tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat Wan Kuzain berdiri dihadapan mereka.

 “Ini kali pertama Wan Kuzain menjejakkan kaki di bumi Kelantan. Walaupun pertemuan ini agak singkat, namun penuh bermakna.

 “Saya harap pertemuan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan antara kami semua,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Wan Kuzain mencipta sejarah tersendiri apabila muncul anak Malaysia pertama menjulang kejuaraan USL Western Conference bersama Swope Park Rangers musim ini.

 Sejak menyertai kelab itu pada pertengahan musim ini, Wan Kuzain  adalah watak penting dan tulang belakang kepada kebangkitan pasukan itu.-UTUSAN ONLINE.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons