February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA TERENGGANU 20 Dis. – Seramai 44 pegawai tadbir negeri terbabit dalam rombakan bagi memantapkan lagi urusan pentadbiran kerajaan Terengganu yang berkuat kuasa 1 Januari ini.

Makluman mengenai pertukaran mereka dikeluarkan oleh  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Ismail hari ini.

Antara yang terlibat dalam pertukaran itu ialah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim ditukarkan ke jawatan Pengarah Tanh dan Galian Terengganu, dan jawatan lama beliau akan diganti oleh Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Samiun Salleh ditukarkan ke jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu manakala Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Hulu Terengganu, Azmi Razik bertukar ke jawatan sama di Kuala Terengganu.

Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Marang, Zainal Abidin Mohamed ditukarkan ke jawatan yang sama di Hulu Terengganu diikuti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Shahidan Embok bertukar ke jawatan Pegawai Daerah/Pentadbiran Tanah Besut.

Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mat Azmi Arshad bertukar ke jawatan yang sama tarafnya di Marang; Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Osman A. Bakar ke jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun; Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Wan Mohd. Anuar Wan Endut ditukarkan ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Yang Dipertua Daerah Marang, Rozali Salleh bertukar ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) dan Setiausaha MBKT, Zulkafeli Omar ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Anuar Awang ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang dan Ketua Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wan Mohd. Zaki Wan Abdullah ditukarkan ke jawatan Setiausaha MBKT.

Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu, Ariffin Abdullah ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Nerus dan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Mohamad A. Rahman @ Othman ke jawatan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.-UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons