February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MADRID 20 Dis. – Atletico Madrid kurang senang dengan taktik kotor Barcelona untuk mendapatkan bintangnya, Antoine Griezmann dan mereka lebih rela melepaskan pemain Perancis itu kepada Manchester United.

Pasukan itu telah memfailkan aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam, selepas Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu bertemu dengan wakil Griezmann mengenai perpindahan ke Nou Camp.

Badan induk bola sepak dunia itu, turut mengesahkan bahawa sudah menerima aduan daripada Atletico berhubung tindakan Barca cuba mendekati Griezmann dengan menggunakan taktik kotor.

Penyerang Barca, Luis Suarez menjadi pemain terbaharu gergasi Sepanyol itu yang membuat kenyataan secara terbuka mengenai Griezmann minggu ini yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Atletico.

Griezmann mempunyai klausa pelepasan bernilai 88 juta pound (RM481 juta) dalam kontraknya tetapi Barca berharap dalam memuktamadkan perpindahan pemain itu dengan bidaan lebih murah.

Sementara itu, The Mirror melaporkan, Atletico kecewa dengan tindakan Barca dan berhasrat menjual Griezmann kepada United yang turut berminat terhadap pemain itu pada musim panas lalu.

United masih berminat mendapatkan Griezmann dan akan menggunakan Paul Pogba bagi meyakinkan pemain itu untuk berhijrah ke Old Trafford bulan depan. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons