February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 20 Dis. – Barcelona yang terdesak untuk mendapatkan Philippe Coutinho dikatakan bersetuju membayar yuran perpindahan 135 juta pound (RM736.40 juta) bagi melepaskan bintang tengah Brazil itu daripada Liverpool.

Akhbar harian Sepanyol, Sport mendakwa, Coutinho sudah bersedia menurunkan tandatangannya apabila pasaran perpindahan dibuka pada Januari depan, bagaimanapun perkara yang menjadi persoalan ketika ini berapakah gaji yang mahu ditawarkan kepada pemain berusia 25 tahun itu.

Menurut akhbar berkenaan, wakil Coutinho sudahpun mengadakan rundingan dengan Barcelona sejak Jun lalu bagi memastikan pemain itu menikmati 10.6 juta pound (RM57.82 juta) semusim untuk tempoh lima tahun.

Itu bermakna, gaji yang bakal diterima Coutinho adalah sekitar 200,000 pound (RM1.09 juta) seminggu.

Coutinho sebelum ini meminta Liverpool melepaskannya untuk membolehkan dia berpindah Barcelona, namun kelab Liga Perdana Inggeris itu enggan menjualnya.

Enam bulan kemudian, Reds memberitahu bahawa mereka bersedia melepaskan pemain itu sekiranya menerima harga yang bersesuaian.

Wakil Coutinho akan menghubungi pemilik Liverpool, Fenway Sports Group dan berharap dapat meyakinkan mereka untuk menjual pemain tersebut.

Sport mendakwa, perpindahan itu dijangka dimeterai dalam tempoh terdekat. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons