February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


CELAH GELEGAR – Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Kajian INVOKE: UMNO, PAS TUMBANG PRU14

pages

Kajian INVOKE: UMNO, PAS TUMBANG PRU14

UMNO akan tumbang, PAS juga begitu, PH bakal terkuat dalam pertempuran PRU nanti kata kajian INVOKE


Kaji selidik dijalankan pusat penyelidikan pilihan raya, Invoke mendapati hanya 41 peratus pengundi Melayu akan mengundi parti itu jika Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan dan berlaku pertandingan tiga penjuru.


Pengasas Invoke Rafizi Ramli berkata tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno lebih parah di dua negeri majoriti Melayu iaitu Kedah dan Johor.


“Hanya 31 peratus pengundi Melayu di kerusi parlimen Kulim Bandar Baru dan Merbok memilih Umno dalam pertandingan tiga penjuru, membayangkan tahap sokongan Melayu di Kedah kepada Umno adalah lebih rendah dari tahap nasional


“Begitu juga di Johor – hanya 30 peratus pengundi di Johor Bahru memilih Umno dalam pertandingan 3 penjuru.


“Angka tersebut konsisten dengan kajian Institut Kajian Asia Tenggara NUS (ISEAS) yang mendapati tahap sokongan pengundi Melayu seluruh Johor kepada Umno hanyalah 35 peratus, bermakna tahap sokongan di kawasan bandar seperti Johor Bahru adalah lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan media.


Menurut naib presiden PKR itu, sekitar 50 peratus daripada pengundi Melayu yang dijangka mengundi Umno bersetuju bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan dan perlu dimansuhkan.


Sementara itu Rafizi berkata tahap sokongan kepada PAS pula jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan apabila hanya 14 peratus pengundi Melayu menyatakan mereka akan mengundi parti Islam itu dalam pertandingan tiga penjuru.


Sokongan tersebut menurun 11 peratus berbanding 25 peratus pengundi Melayu yang memilih PAS dalam kaji selidik yang sama Januari lalu.


Menurut Rafizi tahap sokongan pengundi Melayu kepada PAS dijangka terus merosot dalam bulan-bulan akan datang.


“Daripada 14 peratus pengundi Melayu yang menyatakan akan menyokong PAS, hanya 21 peratus akan tidak keluar mengundi sekiranya PAS tidak bertanding.


“Sebahagian besar pengundi PAS memilih untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) jika hanya PH dan BN bertanding, iaitu sebanyak 51 peratus mengundi PH berbanding 28 peratus yang akan mengundi BN,” katanya.


Menurut Rafizi, Invoke melakukan dua jenis kaji selidik iaitu kecenderungan pengundi dan kaji selidik melibatkan pengundi di kerusi marginal.


Kaji selidik nasional melibatkan 5,000 pengundi berdaftar di seluruh negara dijalankan di antara 5 hingga 13 Disember 2017, sementara kaji selidik di peringkat parlimen dijalankan di antara 6 November hingga 15 Disember 2017

Blog List

Link Celah Gelegar, Then We’ll Link Your Blog



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons