February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Kumpulan 49 pemohon itu memfailkan permohonan semakan
kehakiman bagi membatalkan keputusan SPR memasukkan nama 949 tentera
dan pasangan mereka di pangkalan tentera Segamat yang belum siap dibina.

pengundi-segamat

KUALA
LUMPUR: Seramai 48 pengundi di kawasan Parlimen Segamat, Johor
mengambil tindakan undang-undang untuk membatalkan kemasukan 949 anggota
tentera dan pasangan mereka sebagai pengundi baharu di sebuah kem
tentera belum siap dibina.

Kumpulan itu yang diketuai Abdul Wahab Hassan memfailkan permohonan
semakan kehakiman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
minggu lalu, selepas Pendaftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menolak bantahan mereka untuk memasukkan nama itu dalam Rang Daftar
Pemilih Tambahan Suku Ke-3 2017.

Dalam permohonan itu, mereka meminta mahkamah membatalkan keputusan
memasukkan 949 nama itu dan mengisytiharkan tindakan berkenaan tidak
berperlembagaan.

SPR dan Pendaftar Pemilih dinamakan sebagai responden terhadap tindakan itu.

Dalam satu afidavit untuk menyokong permohonan mereka, pemohon
berkata, kemasukan nama itu dalam daftar pemilih tidak sah kerana ia
melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Mereka berkata, ada banyak kesilapan ditemui dalam satu inkuiri awam
dan pelanggaran keadilan asasi apabila SPR mengadakan pendengaran
terbuka pada 4 hingga 10 Disember lalu.

Pendaftar Pemilih kemudiannya menolak aduan mereka selepas inkuiri itu.

Pemohon turut meminta penangguhan terhadap keputusan SPR memasukkan
nama 949 pengundi itu kerana mahkamah tidak boleh mendengar aduan mereka
selepas daftar pemilih diwartakan.

Peguam, A Surendra Ananth berkata, hakim Datuk Kamaludin Md Said
memberi perintah sementara kepada pemohon untuk menghalang SPR
mewartakan nama 949 pengundi itu sementara menunggu permohonan kebenaran
mereka didengar.

Kamaludin menetapkan 3 Januari depan untuk mendengar permohonan
kebenaran itu bagi memberi masa kepada peguam negara bertindak balas
terhadap afidavit yang difailkan pemohon yang turut diwakili Michelle
Ng, Joanne Chua dan Jamie Lee.

Peguam kerajaan, Suzana Atan dan Nik Azreen Nik Abdullah mewakili SPR dan Pendaftar
Pemilih.

Bulan lalu, media melaporkan 1,051 pengundi hantu didaftarkan di kem
tentera Segamat itu yang belum mendapat Sijil Perakuan Siap dan
Pematuhan daripada pihak berkuasa tempatan.

FMT difahamkan satu lagi tindakan undang-undang akan difailkan PKR
esok bagi membantah kemasukan 102 pengundi berpotensi di kerusi sama.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini turut mempersoalkan
tindakan menambah 1,051 pengundi tentera ke kawasan Parlimen Segamat
untuk menyelamatkan Presiden MIC merangkap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti tipis 1,217 undi.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons