February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuduh Presiden
MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memalukan kaum Cina apabila turut
bersama-sama UMNO dan PAS memperbesarkan isu DAP bakal menjadi Perdana
Menteri (PM) sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada
PRU 14.

Guan Eng mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Tiong Lai menyerupai
kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkannya
sebagai kenyataan perkauman yang akan memecahbelahkan rakyat di negara
ini.

“Saya mengecam Tiong Lai kerana bersama-sama Abdul Hadi yang menuduh
bahawa Lim Kit Siang (Penasihat DAP) akan menjadi perdana menteri jika
Pakatan Harapan menang PRU14 nanti.

“DAP tak pernah tuntut pun. Tunjuk bukti jika ada. Yang selalu kata
DAP nak jadi perdana menteri adalah UMNO dan PAS. Mereka macam berkempen
untuk DAP pula. Yang sebenarnya, UMNO dan PAS kini memainkan sentimen
perkauman dan ekstremis untuk hina kaum Cina dengan menyebut Cina DAP,”
katanya kepada media hari ini.

Semalam, Tiong Lai berkata Kit Siang bakal menghancurkan negara sekiranya dilantik sebagai PM
kerana pemimpin DAP itu bukan saja tidak boleh dipercayai, malah tiada
prinsip kerana lebih mengutamakan agenda peribadi dan mengejar kuasa.

Katanya, memang impian Kit Siang sejak dulu untuk menggulingkan kerajaan demi untuk mendapatkan kuasa.

“Hanya Kit Siang yang tahu sama ada mahu menjadi Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri, namun kita tahu beliau bukanlah seorang
pemimpin yang boleh dipercayai.

“Kit Siang pemimpin yang tidak ada nilai serta tidak ada prinsip
perjuangan. Dulu sanggup menyuruh masyarakat menyokong PAS, namun
apabila parti itu tidak mengikut telunjuknya, beliau kini beralih dengan
menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad pula.

“Ini semua demi kepentingan peribadinya sahaja sehingga sanggup
menggadai prinsip dan visi partinya yang sering berubah-ubah. Beliau
juga cukup pandai memanipulasi keadaan dan membuat pusingan-U mengikut
kepentingannya saja.

“Saya yakin hasrat Kit Siang menjadi pemimpin utama negara sekiranya
pembangkang memenangi PRU14 hanya akan membawa perpecahan dan kemusnahan
kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi dilaporkan berkata, rakyat
perlu menolak pemimpin DAP yang bercita-cita mahu menjadi Perdana
Menteri kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai
agama Persekutuan, tetapi juga hakikat kegagalan parti itu menjadi
kerajaan bersih sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang.

Minggu lalu, bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) DAP Jawi, Tan
Beng Huat, mendakwa terdapat ‘cakap-cakap’ di dalam DAP mengatakan Kit
Siang mahu menjadi Perdana Menteri, walaupun Ahli Parlimen Gelang Patah
itu menafikan berniat demikian.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons