February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KEMAMAN 20 Dis – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dengan kerjasama Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kemaman hari ini meraikan 25 anak-anak yatim di daerah ini dalam program ‘Kembali Ke Sekolah’ di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim berkata, menerusi program berkenaan anak-anak yatim itu berpeluang memilih sendiri kelengkapan persekolahan termasuk pakaian seragam untuk digunakan pada penggal persekolahan akan datang.

Hadir sama Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Daerah, Assisten Superintenden Amran Mat.

“Program ini adalah inisiatif kami bagi membantu dan menggembirakan mereka. Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami.

“Saya sendiri pernah melalui kehidupan yang sukar  semasa kecil, dan betapa seronoknya ke sekolah jika ada semua kelengkapan,” katanya yang turut menghulurkan sumbangan peribadi.

Sementara itu pasangan kembar anak yatim yang menerima sumbangan, Zara Marisa dan Zara Yasmin Roslan,9,  mengucapkan terima  pihak IPD Kemaman dan Perkep di atas sumbangan berkenaan.-UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons