February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


shahbudindotcom



Sebagaimana
yang dijanjikan dengan memberi notis seminggu sebelum ini, semalam Tun
Mahathir Mohamad mengotakan janjinya dengan memfailkan saman terhadap
enam anggota Suruhanjaya Diraja atau RCI forex atas dakwaan laporannya
sebagai tidak lengkap.

Turut disaman ialah Najib Razak selaku Perdana Menteri, kabinet dan kerajaan Malaysia.

Beliau
memohon perisytiharan bahawa laporan RCI itu tidak sah mengikut
undang-undang dan tidak boleh diterima kerana tidak memasukkan semua
kenyataan saksi atau keterangan mereka yang hadir, termasuk permintaan
bertulis atau lisan dalam bentuk transkrip, rakaman video dan hujah yang
dibuat oleh peguam.

Hari
ini pula dalam tulisannya di blognya, Tun Mahathir berkata, sebagaimana
yang dijangka, RCI forex hanyalah bertujuan mencari alasan untuk
mengaitkan dan mencari kesalahan pemimpin lawan berasaskan sangkaan yang
ditukar menjadi fakta.

Tun
Mahathir seterusnya berhujah, sekiranya beliau sebagai bekas Perdana
Menteri dan Anwar Ibrahim selaku bekas Timbalan Perdana Menteri boleh
dikaitkan dengan tuduhan bersubahat, seharusnya bekas Penolong Gabenor
Bank Negara, Abdul Murad Khalid juga boleh disabitkan sama kerana dia
sebenarnya sudah lama tahu dan sedar jumlah kehilangan serta penipuan
yang didakwa berlaku itu.

Tetapi, tambahnya, Abdul Murad tidak dianggap bersalah kerana menyembunyikan penipuan itu begitu lama.

Apabila
Tun Mahathir memilih untuk memfailkan samannya pada hari Selasa, ia
secara tidak langsung adalah sindiran kepada Najib yang sebelum ini gah
berteriak mahu menyaman WSJ pada hari Selasa juga, namun sehingga
sekarang masih dinanti-nanti oleh 31 juta rakyat Malaysia bilakah ianya
akan menjadi kenyataan.

Dalam bergembira dan kesedapan menikmati ketam di Colombo, Najib diam-diam telah dimalukan secara sinis oleh Tun Mahathir.

Dalam
saman ini pula, jika benar Najib berpegang kepada keyakinan yang ada
dalam dirinya bahawa Tun Mahathir dan Anwar bersalah dalam kerugian mata
wang itu, beliau mestilah berani untuk berdepan dengan bekas Perdana
Menteri itu di mahkamah.

Najib
tidak harus jadi pengecut dengan cuba menolak saman Tun Mahathir ini
sebagaimana sebelumnya beliau menolak beberapa saman berkaitan 1MDB dan
derma RM2,600 juta dengan menggunakan alasan-alasan teknikal seperti
kedudukannya bukan penjawat awam dan sebagainya.

Oleh
kerana RCI forex diinisiatifkan oleh Najib melalui kuasanya sebagai
Perdana Menteri yang mengetuai kabinet, maka beliau seharusnya juga
berani berdepan dan mempertahankan tindakannya walau dengan siapa dan
dalam keadaan apa sekali pun.

Kalau
asyik mengelak dan melarikan diri saja daripada Tun Mahathir, di
mahkamah lari dan dan di forum juga lari, bagaimanakah rakyat mahu
menghormati dan mengundi beliau lagi?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons