February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tiga penjuru keranda buat Pas Kelantan, kata penganalisis

Pas akan mengalami kekalahan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dan Pas di Kelantan.

“Tiga penjuru, boleh siap keranda untuk Pas,” kata penganalisis politik tersohor, Mohd Sayuti Omar dalam temu bual bersama Ketua Pemuda AMANAH Kelantan lewat petang semalam.

Mohd Sayuti Omar

Pada temu bual yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Pemuda AMANAH Kelantan itu beliau berkata, semua syarat telah mencukupi untuk Pas pasti kalah dalam PRU14.

“Hanya satu jalan untuk Pas menyelamatkan diri iaitu sama ada bergabung dengan BN atau dengan PH.

“Pas kini jelas hilang kekuatan apabila berlaku perpecahan dan muncul parti baru iaitu AMANAH yang jelas kini berkembang pesat,” katanya.

Beliau yang begitu yakin parti yang 27 tahun memerintah Kelantan itu akan jatuh berkata, statistik kemenangan Pas boleh diteliti dengan jelas.

“Pas boleh jatuh sekiranya 5 peratus sahaja pengundinya dahulu keluar daripada parti itu.

“Sedangkan dalam pemerhatian saya, pergerakan keluar Pas menyertai AMANAH tidak kurang daripada 10 peratus, malah di kampung-kampung tertentu melebihi 50 peratus,” katanya.

Tindakan Pas menghina dan memusuhi ahlinya yang menyertai AMANAH katanya, menyebabkan kerosakan yang semakin teruk kepada parti itu sendiri.

“Gelaran-gelaran kotor dan tindakan keras yang tiada toleransi menyebabkan orang ramai begitu terasa Pas sekarang telah berubah berbanding dengan zaman Tok Guru Nik Aziz.

“Perangai Pas dalam isu pembelian gelap Wisma Tok Guru menyebabkan begitu ramai orang terasa biadapnya parti itu sekarang,” katanya.

mdl

Picture



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons