February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


FELDA membatalkan rancangan projek hartanah secara besar-besaran memandangkan terdapat lebihan penawaran di dalam pasaran, terutamanya dengan beberapa projek hartanah mega di Tun Razak Exchange  (TRX) dan Bandar Malaysia.

Dengan pembatalan ini, FELDA akan mengambil balik tanahnya yang telah diserahkan kepada pemaju yang dilantik oleh pengurusan FELDA sebelum perlantikan TS Shahrir Samad. Kita ucapkan syabas kepada TS Shahrir Samad. Memetik kata-kata beliau di dalam Sidang Media yang diadakan secara langsung petang tadi,

FELDA nak balik tanah itu, yang lain sama ada siapa jadi kontraktornya, berapa tinggi menara itu, apa nilainya, cerita pembangunan mereka, apa perancangan nak buat di situ… semua itu saya tak minat.

Saya tak pernah dengar nama syarikat kontraktor ini, saya tak berminat pun menara 59 tingkat dengan nilai kontrak RM107 juta, kerana dalam keadaan pembangunan hartanah sekarang kenapa nak bangunkan secara besar-besaran.

Terdapat beberapa perkara positif yang boleh diambil hasil dari maklum balas melalui Sidang Media pada petang tadi oleh TS Shahrir Samad sebagai Pengerusi FELDA dan Dato Razali Ibrahim sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA:

1. FELDA akan menukar status kaveat persendirian kepada kaveat berdaftar untuk menguatkan lagi pemilikan ke atas tanah itu.

2. Ketika ini FELDA mempunyai kaveat peribadi diperoleh dari Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Limpur pada 14/04/2017 yang melindungi hak milik tanah di Jalan Semarak.

3. Laporan polis telah dibuat kepada pemaju projek. Lantikan juruaudit luar akan dibuat dengan segera oleh Jabatan Perdana Menteri bagi memastikankan segala Standard Operating Procedures (SOP) FELDA dipatuhi oleh pihak-pihak yang terlibat dan tiada salah guna kuasa dan aktiviti jenayah berlaku.

Walaupun berkemungkinan berlaku salah guna kuasa dan / atau ‘fraud’ dalam pengurusan FELDA mahupun FELDA Investment Corporation (FIC), kita bersyukur dan berterima kasih kepada pengurusan baru di bawah pimpinan TS Shahrir Samad yang memastikan aset FELDA tidak terlepas ke tangan pihak yang tidak berkenaan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons