February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SELANGOR KINI

KUALA
LUMPUR: – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan
angin kencang Timur Laut dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam
(km/j) dijangka berlaku sehingga esok

Angin kencang itu juga boleh
menyebabkan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter berlaku di kawasan
perairan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat
& Kudat).

MetMalaysia menyatakan keadaan angin kencang dan
laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan
termasuk pekerja di pelantar minyak.

Selain
itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 km/j
kategori kedua turut dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan,
Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga esok.

Keadaan
ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dan laut bergelora ini
berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, pantai, menangkap ikan dan
perkhidmatan feri.

Bagi seksyen perkapalan, amaran angin kencang
dan laut bergelora kategori ketiga juga dijangka berlaku di perairan
timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Labuan, utara Reef
South dan timur laut Bunguran sehingga esok.

MetMalaysia
mengeluarkan amaran angin kencang kategori pertama juga dijangka berlaku
di kawasan perairan tengah Samui dengan ketinggian ombak mencapai
sehingga 3.5 meter.

Ia berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Bagaimanapun tiada amaran ribut petir dilaporkan.=EZY=



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons