February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tawar hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad?


Inilah persoalan yang timbul apabila kita dapati Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi salah satu topik besar berita pakatan pembangkang.

Di saat artikel ini ditulis, Muhyiddin hanya timbul dalam media semasa perhimpunan Pakatan Harapan di depan konsulat Amerika Syarikat pada 15 Disember 2017. Itu pun hanya dua baris ayat seperti yang dilaporkan dalam RoketKini, lidah rasmi parti DAP.

Padahal, Pakatan Harapan sedang bergelut, mengelak dan bersilat untuk menjawab persoalan yang melibatkan beliau iaitu siapakah calon Perdana Menteri pembangkang?

Dan apabila bercakap tentang calon Perdana Menteri, tidak ada seorang pun yang menyebut nama Muhyiddin sebagai calon sejak isu ini menjadi panas selepas pemukiman yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 dan 2 Disember lalu.

Malah, Mahathir sendiri tidak serius lagi ‘mempromosikan’ Muhyiddin Yassin sebagai calon.

Apabila ditanya wartawan sama ada Mahathir Mohamad bersedia menjadi calon Perdana Menteri Pembangkang, kita sudah pasti menjangka beliau akan menyebut nama Muhyiddin tetapi bukan. Mahathir pula yang ‘sailang’ atau ‘potong kot tepi’ dan dapat menjadi calon Perdana Menteri!

Kita tidak pasti betapa remuknya hati Muhyiddin Yassin yang pada permulaan sejarahnya dengan parti PPBM hanya berkisar beliau adalah calon PM yang disokong penuh oleh Mahathir Mohamad.

“Buat masa ini kita tidak berbuat apa-apa (memilih bakal Perdana Menteri), tetapi jika pembangkang menang, kemungkinan besar  Muhyiddin akan jadi Perdana Menteri,” kata Mahathir ketika menjawab soalan dari hadirin dalam ceramahnya di University of London pada September 2016.

Satu tahun berlalu and the rest is history. Muhyiddin Yassin bukan lagi pilihan. Daripada Timbalan Perdana Menteri kepada calon Perdana Menteri dan kini entah ke mana.

Apakah kekecewaan dan makan hati yang ditanggungnya itu menyebabkan Muhyiddin Yassin tidak bersegera untuk menjawab isu besar yang telah didedahkan pada 18 Disember 2017?

Sedangkan isu ini mendedahkan wujudnya konfrontasi dalaman yang melibatkan beliau dan pastinya akan menyebabkan konflik besar di antara beliau dan Mahathir Mohamad.

Pada 18 Disember 2017, Datuk Dr Puad Zarkashi mendedahkan bahawa Mahyuddin tersepit di dalam parti PPBM. Maka kerana itu, Mahyuddin merancang untuk menyisihkan Mahathir.

Tetapi Mahathir ada pendinding iaitu Lim Kit Siang. Muhyiddin nampak hanya satu jalan sahaja iaitu menggunakan rakan karibnya semasa dalam UMNO iaitu Anwar. Lagi pun Wan Azizah dan keluarga masih berdendam pada Mahathir manakala Anwar masih ada pengaruh pada DAP.

Bagaimana pun Mahathir dapat membaca gerakan sulit ini. Lantas beliau umum menyokong pembebasan segera Anwar. Konspirasi dalaman PPBM telah bermula, dedah Dr Puad.

Pendedahan di atas sudah pasti akan menyebabkan pergeseran di antara Muhyiddin Yassin dan Mahathir. Malah, kedua-dua penyokong mereka juga tentu akan bermasam muka sesama sendiri. Rakyat pula akan menganggap parti PPBM adalah parti yang akan hancur tidak lama lagi dek konflik di antara kepimpinan tertinggi parti itu.

Beberapa hari berlalu tetapi yang peliknya ialah Mahyuddin Yassin masih diam membisu tidak cuba untuk menafikan sekeras-kerasnya. Memang pelik tetapi kenapa?

  • Apakah Muhyddin Yassin bersetuju dengan kenyataan tersebut?
  • Apakah konflik dalaman PPBM memang edang berlaku dan Muhyiddin sudah putus asa tidak peduli lagi jika rakyat tahu wujudnya masaalah dalam parti itu?
  • Apakah beliau tidak sanggup lagi menjadi pengikut dibayangi oleh Mahathir dan tidak sanggup menyaksikan cita-citanya sebagai calon Perdana Menteri musnah di’sailang’ oleh Mahathir?

Pada 30 Disember 2017, parti PPBM mendakwa akan mengadakan mesyuarat agungnya walau pun kita amat meragukan kesahihan mesyuarat itu.

Tetapi apakah Muhyiddin Yassin akan menyatakan secara terbuka yang beliau menyokong Mahathir sebagai calon PM pembangkang atau beliau akan bersuara meluahkan segala perasaannya di mesyuarat tersebut?

Kita tunggu dan lihat.

Sumber

https://www.facebook.com/drpuadzarkashi.official/posts/10155935578888609
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/dr-m-cadang-muhyiddin-jadi-pm-jika-pembangkang-menang-pru#QmtkjeurHbOl0IAD.97

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons