February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 21 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyatakan kesediaan mengatur langkah bersama-sama pemimpin serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis esok.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau akan turun sendiri bersama-sama kira-kira 500 ahli Perkasa seluruh negara bagi memberi sokongan padu terhadap perhimpunan yang akan diadakan di luar pekarangan Masjid Putra, Putrajaya dekat sini.

“Kita akan membawa niat murni iaitu demi suara umat Islam seluruh dunia serta masyarakat sejagat dan tidak sedikit pun membezakan agama, bangsa serta parti politik.

“Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump benar-benar menguji kesabaran kita. Selagi dia (Trump) menindas umat Islam, kita tidak akan berdiam diri dan akan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Kesyukuran, Doa Selamat, Tahlil dan bacaan Yasin sempena terhindarnya Presiden Islamic Reserach Foundation (IRF), Dr. Zakir Naik daripada Notis Merah oleh pasukan polis antarabangsa (Interpol) di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Islamic Research Foundation (IRF), Dr. Zakir Naik dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr. Amini Amir Abdullah. – UTUSAN ONLINE.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons