February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Semakin kalut para penyokong dan pendukung Pakatan Harapan, khususnya penyokong DAP dan PPBM serta PAN apabila PAS menerusi Presidennya telah dijemput untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam Himpunan Solidariti Palestin di Putrajaya pada 22 Disember nanti.

Kempen-kempen daripada mereka untuk mengingatkan PAS agar membatalkan penyertaan dalam himpunan yang dilabelkan sebagai himpunan UMNO itu sedang aktif dan giat dijalankan menerusi media-media sosial, khususnya group WhatsApp.

Antara hujah yang diberikan ialah, PAS akan kehilangan sokongan daripada ahli-ahli dan pengundi di atas pagar jikalau berterusan menyokong UMNO dan Najib Abdul Razak. Dikatakan juga bahawa PAS sedang berhadapan dengan krisis sokongan apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang dilihat semakin rapat dengan Najib Abdul Razak.

Umum mengetahui, selepas PAS diterajang keluar dari Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat dibubarkan bagi penubuhan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP, PAS terus diserang oleh DAP dengan hebatnya.

PAS dituduh mengkhianati Pakatan walaupun hakikatnya, PAS yang ditendang oleh DAP menerusi kenyataan-kenyataan Lim Guan Eng selain penentangan keras DAP terhadap RUU355 yang diusulkan oleh PAS di Parlimen.

Sehingga ke hari ini, juak-juak DAP memperolok-olokkan RUU355 yang bertujuan memperkasakan undang-undang syariah di Malaysia. Undang-undang syariah di Malaysia pula hanya tertakluk kepada orang-orang Islam, manakala warga negara bukan beragama Islam, tidak terjejas apa-apa. Bagaimanapun, DAP berjaya menanamkan persepsi bahawa RUU355 adalah permulaan kepada hukuman hudud yang menurut mereka sudah terlalu kuno dan ketinggalan zaman.

Apabila PAS mengumumkan tahaluf siyasi antara parti itu dengan parti-parti yang menyokong PAN diputuskan, yang paling kuat melompat adalah DAP dan juak-juak mereka. Sekalipun DAP sebenarnya yang mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat, bahkan cuba menghalau PAS dari Kerajaan Negeri Selangor kalau tidak kerana titah KDYMM Sultan Selangor yang jadi halangannya, tetapi akhirnya yang dipersalahkan adalah PAS.

Semuanya kerana PAS memiliki kekuatan yang boleh digunakan oleh DAP, PKR, PPBM dan PAN. Kewujudan PAN oleh DAP ternyata tidak banyak membantu walaupun pada masa yang sama, DAP berjaya mengeluarkan mereka yang dikatakan sebagai golongan profesional dari PAS untuk parti serpihan tersebut, tetapi kewujudan mereka tidak mampu menarik ahli-ahli PAS seramai mungkin seperti yang diharapkan. Malahan PAN berhadapan dengan kepayahan, bukan sahaja untuk mengumpulkan orang mendengar ceramah, tetapi juga untuk mengumpulkan derma dan punca pendapatan sehingga akhirnya terpaksa terus merengek dengan DAP.

Pelbagai usaha digunakan untuk mengugut dan mengancam PAS termasuklah kempen-kempen saraf terutama sekali menerusi laporan-laporan kajiselidik seperti yang dikeluarkan oleh INVOKE Rafizi Ramli beberapa hari lepas.

Hakikatnya, kebimbangan pengulangan Sejarah 1970 yang menyaksikan bagaimana PAS bekerjasama dengan UMNO sehingga menghasilkan kekuatan dan kestabilan politik Melayu, benar-benar mengancam kewujudan DAP sendiri. Itu yang ditakuti dan itulah sebenarnya yang cuba dielakkan sangat-sangat.

Himpunan Solidariti Rakyat Palestin di Putrajaya hanyalah pemangkin kepada PRU-14 nanti. Berjaya menggagalkan himpunan tersebut, bererti berjaya juga menggagalkan dominasi Melayu-Bumiputera-Islam di negara ini dalam pentadbiran negara.

Dan yang pasti, DAP kekal dominan kalau semuanya berjaya!!!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons