February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BANGKOK 21 Dis. – Thailand dan Malaysia merupakan destinasi utama berjuta-juta pekerja dari negara-negara Asean mencari pekerjaan berikutan peluang pekerjaan yang banyak dan keadaan ekonomi kukuh yang memberi kualiti kehidupan lebih baik, lapor Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), semalam.

Laporan ILO yang disiarkan oleh portal Bangkok Post itu turut memberi amaran tentang masalah ketibaan buruh tidak mahir melalui cara tidak sah dan ketidaktelusan dalam sistem yang membabitkan kemasukan mereka ke negara berkenaan.

ILO melalui laporan bertajuk `Risiko dan Ganjaran: Hasil Migrasi Buruh di Asia Tenggara’ turut memaklumkan, kumpulan buruh yang tidak mempunyai dokumen itu memasuki Thailand dan Malaysia dengan bantuan ejen-ejen haram yang tidak berperikemanusiaan. – Agensi



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons