February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Apa kena dengan Timbalan MB Kelantan ni? Mohd Amar kata pembangunan negeri itu terkebelakang berbanding negeri lain adalah sesuatu yang disengajakan??

 “Kalau kita cepatkan pembangunan, ambil dasar yang bebas kita boleh setanding dengan negeri seperti Selangor, tapi bahayanya kita risau rakyat akan ketinggalan.

  “Di Langkawi orang minum arak macam minum air sejuk. Orang boleh beli arak secara terbuka. Akhirnya sebahagian besar anak-anak muda di Langkawi rosak daripada aspek sosial,” katanya.

 “Orang kampung tak mampu turut dengan pembangunan,” katanya dalam ceramah isu-isu semasa PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, malam tadi.~ sumber

Nampaknya ciri kepelikan yang sedia ada pada manusia yang bernama Mohd Amar ini semakin bertambah lagi…

Mohd Amar memberikan responnya terhadap Laporan statistik terbaru Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menyatakan pelaburan terkumpul ke Kelantan hanya RM4,200,000 dan berada di tempat terakhir berbanding semua negeri lain.

Kelantan ketinggalan begitu jauh di belakang berbanding dengan jumlah pelaburan terkumpul ke Sarawak ialah RM10,518,444,919; diikuti Pulau Pinang RM9,913,766,407.

Oleh sebab malu untuk mengakui secara ikhlas bahawa Pas telah gagal membawa pembangunan dan kemakmuran untuk rakyat Kelantan, maka Mohd Amar memberi alasan yang pelik dan melucukan.

Mana slogan Pas “Membangun Bersama Islam”?

Bukankah Pas selalu melaung-laungkan Kelantan sebagai “Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur ” – Negeri yang baik dengan Rabb Yang Maha Pengampun.

Apakah pemimpin Pas Kelantan sengaja mengaut hasil mahsul Kelantan seperti balak dan perlombongan untuk diri dan kroni mereka sahaja supaya mereka hidup dengan serba kemewahan?

Dan adakah dengan sengaja pula, pemimpin Pas Kelantan tidak mahu mengutamakan kebajikan untuk rakyat agar semua lapisan rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan, kemajuan dan menikmati hasil mahsul Negara?

Minum arak macam minum air sejuk?

Mohd Amar mengambil contoh kemajuan di Langkawi, Kedah yang dibangunkan dengan pesat sebagai pusat pelancongan yang menyebabkan masyarakat setempat di Langkawi hari ini duduk entah di mana.

  “Di Langkawi orang minum arak macam minum air sejuk. Orang boleh beli arak secara terbuka. Akhirnya sebahagian besar anak-anak muda di Langkawi rosak daripada aspek sosial,” katanya. ~ sumber

Adakah Mohd Amar tidak ketahuan tentang keadaan rakyat Kelantan sendiri bila dia sebut “masyarakat setempat di Langkawi hari ini duduk entah di mana…”

Mustahil Mohd Amar tidak menyedari betapa ramai rakyat  Kelantan terpaksa merantau keluar negeri mencari sumber rezeki. Ramai yang terpaksa jadi buruh kasar di Singapura dan duduk entah di mana… semua ini sebab Kelantan mundur dan tidak dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

Janganlah memberi alasan pelik dan bodos untuk menutup keadaan sebenar bahawa pemimpin Pas Kelantan yang ada hari ini memang tidak mampu dan tidak ada perancangan yang komprehensif untuk membawa pembangunan kepada Kelantan.

Nampak kalut sunggoh bila Mohd Amar memberikan contoh kemajuan Langkawi yang pesat menyebabkan orang minum arak macam minum air sejuk di sana. Kenapa Mohd Amar tergamak memfitnah dan menghina orang Langkawi?

Adakah di negeri-negeri lain yang maju seperti Sarawak dan Pulau Pinang, rakyatnya ketagih minum arak macam minum air sejuk sebagaimana dakwaan Mohd Amar?

Kalau rakyat Kelantan mahu terus mundur dan terus ketinggalan dari arus pembangunan perdana, teruskanlah mengundi Pas… Manalah tahu jika dengan kehendak tuhan nanti, tempayan budu akan bertukar isinya menjadi longgokan emas…Hahaha!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons