February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus








Isu pentadbiran Kerajaan DAP ditadbir secara One Man Show oleh Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng bukan lagi perkara baru yang boleh sembunyikan .


 Pendedahan secara live oleh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Hj Mohd Zaidi Hj Mohd Said ke(ka program Anda Tanya Kita Jawab oleh UMNO Online jelas berasas .


 Ini berpandukan kepada kepincangan dan sikap diktator di dalam pentadbiran kerajaan DAP itu sendiri yang mana Adun Tanjung Bungah dan Kebun Bunga (dak dibenarkan menandatangani borangbantuan banjir kepada pengundinya akibat daripada kri(kan dan teguran mereka kepada Ketua Menteri dalam isu berkaitan kelulusan projek di lereng bukit secara berleluasa .





Selain itu , pentadbiran One Man Show oleh Ketua Menteri juga boleh dilihat hampir semua agensi kerajaan samada baru dan lama di bawah kerajaan negeri pasnya  akan melantik beliau sebagai Pengerusi .


Ia seolah-olah kerajaan negeri ini tidak memerlukan EXCO dilantik sebaliknya hanya mengikut arahan daripada seorang sahaja membuat keputuan .  


Merujuk kepada jawapan bertulis di Sidang DUN , 19 jawatan  dipegang Guan Eng dalam anak-anak syarikat dan agensi di bawah kerajaan negeri . 


http://www.sinarharian.com.my/politik/tindakan-guan-eng-pegang-19-jawatan-dipersoal-1.768310


Jadi , apakah ini gaya pentadbiran Pakatan yang kononnya mahu mengambil alih kerajaan Pusat yang mana bila berkuasa mahu  mengaut dan membolot pelbagai jawatan untuk kepentingan diri ?? 


“Berapa lagikah jawatan pengerusi yang Ketua Menteri ingin menyandang dan menguasai selepas ini?,

KUALA LUMPUR :  Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, pentadbiran Pulau Pinang sememangnya pentadbiran ‘One Man Show’ kerana ketua menterinya mempunyai kuasa sepenuhnya.

Katanya, kebanyakkan wakil rakyat di negeri itu tidak ada kuasa dan tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana hanya ketua menteri sahaja yang boleh menentukan segalanya.

Beliau berkata ini amat berbeza dengan cara pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersikap terbuka, adil, seimbang dan saksama.

“Seolah-olah di negeri Pulau Pinang ini tidak perlu ada exco-exco negeri.. Hanya perlu Lim Guan Eng pun sudah cukup untuk mentadbir negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi diskusi santai ‘Anda Tanya Kita Jawab’ anjuran UMNO-Online yang turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohamad Rafii dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Isham Jalil, semalam.

Tambah Mohd Zaidi, jika ada wakil rakyat yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri pula akan dipinggir dan ditindas.

Merujuk kepada nasib ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng, ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu, dan ADUN Penanti Norlela Ariffin, beliau berkata mereka ini terus dipinggir oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Sampaikan nak tandatangan pengesahan borang mangsa banjir pun tidak dibenarkan dan tidak iktiraf oleh kerajaan negeri.. Sedangkan mereka ini wakil rakyat mereka sendiri..

“Jadi, Kita bayangkan bagaimana kalau mereka ini (DAP) memerintah negara pada masa depan..,” katanya.

Sebelum ini, MCA pernah mendedahkan Guan Eng yang juga merangkap sebagai Setiausaha Agung DAP memegang 19 jawatan penting di negeri Pulau Mutiara itu secara serentak.

“Lim Guan Eng memegang 19 jawatan penting, kuasa mutlak yang cenderung untuk disalahgunakan.

“Ia menjadi ahli politik yang paling sibuk di Pulau Pinang, ia membingungkan bahawa bagaimana Lim Guan Eng boleh memegang banyak peranan pada satu masa, memegang jawatan Pengerusi dalam badan-badan berkanun kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Ini bukan sahaja mengejutkan tetapi juga bercanggah dengan prinsip-prinsip CAT berkaitan dengan nilai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan di mana kerajaan negeri pimpinan DAP mendakwa akan diamalkan.

“Menjadi Ketua Menteri negeri dan (dalam masa sama memegang) pengerusi pelbagai agensi dan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan akan membawa keputusan yang dibuat lemah, dan juga terdedah untuk rasuah dan salah guna kuasa.”,” kata Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang, Dr. Tan Chuan Hong.

Tan menyifatkan tindakan Guan Eng yang membolot semua kuasa itu bukan sahaja menunjukkan kepimpinan diktator, tetapi juga pengurusan yang lemah dari segi modal insan kerajaan negeri. –Utaranews.com









Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons