February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dimaklumkan mengenai
pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, kata Pengerusi Felda Tan Sri
Shahril Samad, lapor Bernama.

Perkara ini dinyatakan Shahril dalam sidang media di Menara Felda sebentar tadi. Berita lanjut menyusul.

Sebelum ini, urusan pindah milik tanah Felda yang penuh keraguan itu
mendorong polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menjalankan siasatan.

Tanah itu dilaporkan bernilai RM200 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki
berkata penelitian agensi anti-rasuah setakat ini tidak menemui unsur
rasuah dan salah guna kuasa, maka ia dirujuk kepada polis untuk tindakan
lanjut.

“Kami juga mendapat maklum bahawa Felda turut melaporkan perkara itu
kepada polis dan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa itu,” katanya
lapor BH.

Menurut Azam, penelitian pihaknya mendapati kes itu menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan pecah amanah.

Bagaimanapun, SPRM akan mengambil tindakan lanjut jika polis menemui unsur jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

BH dalam laporannya mendedahkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas
tanah strategik bernilai lebih RM200 juta di Jalan Semarak apabila ia
dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Menurut akhbar itu, sumber memberitahu pindah milik tanah itu
dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment
Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai
pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi
membangunkan tanah itu.

Felda dipengerusikan Tan Sri Isa Samad sehingga Januari lalu. Beliau
merupakan pengerusi FIC sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2 Julai 2013
sehingga kini.

Menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat
lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada
syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai
2016.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons