February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Rashid berkata jumlah kerugian 2013-2015 itu 7 kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian urus niaga forex 90-an.

PPBM Selangor membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat kerugian wang sebanyak RM160 bilion antara tahun 2013 hingga 2015.

PPBM
Selangor membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat
kerugian wang sebanyak RM160 bilion antara tahun 2013 hingga 2015.

SHAH ALAM: PPBM Selangor membuat laporan polis bagi mendesak pihak
berkuasa menyiasat dakwaan kerugian wang rizab antarabangsa Bank Negara
Malaysia (BNM) sebanyak RM160 bilion antara 2013 hingga 2015.

Pengerusi PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata pihak
berkuasa perlu beri perhatian pada dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad itu
dan menyiasat sama ada berlaku salah guna kuasa atau penyelewengan dalam
pengurusan rizab BNM.

“Semakan yang kami lalukan di laman sesawang Bank Negara mendapati
bahawa dakwaan Dr Mahathir itu ada kebenarannya dan bukan satu tuduhan
yang melulu serta tidak berasas.

ppbm-laporan-polis-2

PPBM Selangor dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PPBM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam

“Dalam semakan kami, sejak 2009, jumlah tertinggi rezab antarabangsa
BNM yang pernah dicatatkan ialah pada 31 Januari 2013 iaitu RM588.8
bilion.

“Namun jumlah itu telah berkurangan dengan begitu drastik dan ketara
kepada RM427.98 bilion setakat 30 November 2017. Pengurangan sebanyak
RM160.86 bilion,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM Selangor
di Plaza Masalam hari ini.

Dr Mahathir yang baru-baru ini mempertikaikan mengapa pentadbiran
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih mengambil berat tentang
kerugian forex RM31.5 bilion yang berlaku kira-kira 30 tahun lepas,
walhal dari 2013 hingga 2015 rizab negara mengalami kerugian RM160
bilion.

Beliau menuduh kerajaan bersikap “diskriminasi” dalam isu kerugian forex BNM.

Rashid berkata kerugian 2013-2015 itu 7 kali ganda lebih tinggi
berbanding RM23.9 bilion kerugian akibat urus niaga forex semasa
pentadbirannya pada awal 90-an.

“Ada yang mengatakan bahawa rizab itu telah digunakan bagi mempertahankan mata wangi ringgit daripada terus merundum.

“Persoalannya jika benar BNM telah menggunakan rizab negara bagi
mempertahankan mata wang ringgit ketika itu, bagaimanakah tindakan itu
berbeza berbanding kerugian di dalam transaksi forex pada awal 90-an?,”
katanya.

Beliau juga menggesa siasatan segera, menyeluruh dan tidak pilih
kasih bagi memastikan tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana
pihak yang terlibat dalam pengurusan rizab itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin
berkata setakat ini 7 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung
perkara itu.

Beliau berkata akan ada lagi laporan polis dibuat dan ia juga akan
dilapor ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu.

“Setakat ini kita hanya baru buat laporan polis dan mungkin akan bawa
ke SPRM bagi meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons