February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MELBOURNE 22 Dis. – Lebih 19 orang dilaporkan cedera dengan empat daripadanya parah selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di kawasan persimpangan yang sibuk di pusat bandar Melbourne.

Saksi berkata, puluhan pejalan kaki tercampak selepas dilanggar oleh kenderaan yang tidak cuba untuk berhenti malah terus merempuh masuk ke persimpangan yang sesak itu.

Pemangku Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Shane Patton berkata, insiden tersebut disifatkan sebagai perbuatan sengaja dan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan serangan keganasan.

Menurutnya, pemandu berusia 32 tahun yang merupakan warga Australia berketurunan Afghanistan itu mempunyai beberapa rekod kesalahan trafik, jenayah termasuk mempunyai masalah kesihatan mental.

Suspek ditahan di tempat kejadian selepas cuba bergelut dengan seorang anggota polis dan kini berada di hospital.

“Kereta terbabit dipandu laju secara sengaja melalui persimpangan itu sebelum bertembung dengan sejumlah besar pejalan kaki.

“Pemandu mempunyai sejarah penggunaan dadah dan masalah kesihatan mental. Pada masa ini kita tidak mempunyai sebarang bukti atau risikan yang menunjukkan kaitannya dengan keganasan atau ekstremisme,” katanya kepada pemberita di Melbourne.

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews mengecam tindakan tersebut dan menyifatkan kejadian itu sebagai perbuatan jahat dan serangan pengecut. – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons