February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tiga penjuru: Pemuda Pakatan Harapan yakin masih boleh menang

Pemuda Pakatan Harapan yakin blok pembangkang dianggotai PKR, AMANAH, Bersatu dan DAP itu mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) walaupun berlaku pertembungan tiga penjuru.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pencapaian PRU pada 2008 dan 2013 menyaksikan perkembangan positif bagi pembangkang dalam usaha menjatuhkan Umno-BN.

Nik Nazmi Nik Ahmad

“Kita yakin untuk pergi tiga penjuru. Tidak mudah, tetapi kita yakin masih boleh menang. Itu kita perlu letak satu keyakinan.

“Kalau selama ini ramai anak muda letak harapan tinggi pada (PRU) 2013 – ‘ini kalilah’ tapi keputusan jadi ‘lain kalilah.’

“Tapi dari segi realiti sejarah sejak 2008, trend kita sentiasa menaik. Pada 2004, BN dapat 90 kerusi Parlimen, 2008 BN hilang dua pertiga. 2013 BN hilang undi popular,” jelasnya pada forum Diskusi anjuran Invoke malam tadi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, PRU-13 juga menyaksikan Pakatan Rakyat ketika itu mendapat majoriti undi popular berbanding hanya memiliki 10 peratus kerusi Parlimen pada PRU 2004.

Sehubungan itu, ujarnya, pilihan di tangan rakyat terutama anak muda hanya sama ada memilih Pakatan Harapan atau Umno-BN.

Sebaliknya, Nik Nazmi berpendapat hasrat untuk memulihkan negara tidak tercapai sekiranya memilih parti yang main-main untuk menumbangkan rejim parti pemerintah.

“Hanya ada dua pilihan sama ada menyokong Najib dan memilih kerajaan Umno-BN atau Pakatan Harapan untuk melakukan perubahan.

“Pilih pihak lain yang tidak serius untuk menjatuhkan Najib atau tidak mengundi, itu tidak membantu kita memperbaiki negara kita.

“Di negara luar, mereka pun pada awalnya tidak terbayang nak tukar kerajaan tetapi sekarang mereka sudah mempunyai sistem dua parti,” tegas Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor itu lagi.

Untuk rekod, Pas berada di luar blok Pakatan Harapan dengan bersendirian menubuhkan apa yang dipanggil sebagai Gagasan Sejahtera.

mdl

Picture



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons