February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN :

Menteri Kewangan II memperjelaskan dakwaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah kerugian wang sebanyak AS$39.6 bilion dari tahun 2013 ke tahun 2015 dalam menguruskan rizab antarabangsa negara.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, “kerugian yang dikatakan sebanyak AS$39.6 bilion itu sebenarnya adalah jumlah yang mencerminkan penurunan dalam rizab antarabangsa disebabkan aliran keluar dana asing dari Malaysia dan bukannya kerugian akibat perdagangan forex. Aliran keluar ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang lemah, jangkaan pemulihan dasar kewangan di AS dan penurunan mendadak harga minyak dunia. Dalam tempoh ini, aliran keluar modal bukan sahaja unik kepada Malaysia tetapi juga menjejaskan pasaran baru muncul termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, India, China, Korea Selatan dan Taiwan.

Sistem pengurusan rizab semasa oleh BNM telah berfungsi dengan sangat baik dan pasaran kewangan dalam keadaan teratur dan stabil meskipun aliran keluar modal yang besar. Memandangkan asas kita yang kukuh, penurunan rizab dalam tempoh 2013-2015 tidak mempunyai kesan material terhadap fungsi ekonomi Malaysia serta kedudukan kewangan bank pusat.

SUMBER:

Kementerian Kewangan Malaysia

Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Bernama

Utusan Malaysia

The Star



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons