February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pengerusi Shahrir Samad berkata Felda tidak terima
sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu, yang dianggarkan
bernilai RM270 juta.

Shahrir-Abdul-Samad-felda

KUALA
LUMPUR: Felda hari ini mengakui transaksi tanah milik agensi itu di
Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang melibatkan 4 bidang tanah memang
berlaku dan dianggarkan jumlah keseluruhannya bernilai RM270 juta.

Bagaimanapun, Pengerusi Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata walaupun
transaksi telah berlaku tetapi Felda tidak menerima sebarang wang
daripada syarikat yang membeli tanah itu.

“Duit tak ada. RM 1 sen pun tidak bayar. Tiada rekod wang dimasukkan atau dibayar dalam transaksi itu.

“Walaupun dengar dalam surat jual beli tanah itu berjuta-juta tetapi
Felda tidak terima wang itu,” katanya pada sidang media mengenai isu
pindah milik tanah Felda itu di Menara Felda.

Berita Harian hari ini mendedahkan Felda berisiko kehilangan hak ke
atas tanah strategik itu apabila ia dipercayai bertukar hak milik
menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Menurut akhbar itu, sumber memberitahu pindah milik tanah itu
dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment
Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai
pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi
membangunkan tanah itu.

Felda dipengerusikan Tan Sri Isa Samad sehingga Januari lalu. Beliau
merupakan pengerusi FIC sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2 Julai 2013
sehingga kini.

Menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat
lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada
syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai
2016.

Shahrir, yang dilantik menjadi pengerusi Felda 6 Januari lalu,
berkata beliau hanya menyedari pertukaran hak milik tanah Felda itu
pada akhir Januari tahun ini.

Kerana khuatir terdapat penipuan dalam perjanjian tanah itu, Shahrir
mengumumkan Felda, atas nasihat perdana menteri, akan melantik audit
luar untuk melakukan siasatan ke atas transaksi itu.

“Selain itu, Felda juga akan mempertimbangkan untuk mengambil
tindakan sivil di mahkamah terhadap syarikat itu. Felda juga telah
membuat laporan polis pada 12 Disember lalu apabila mengesyaki ada
berlakunya unsur penipuan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Shahrir berkata Felda juga akan mendaftarkan 4 bidang
tanah yang sudah ditukar hak milik itu sebagai “kaveat persendirian” di
Jabatan Tanah Wilayah Persekutuan.

“Kita sudah kaveat tanah itu pada 14 April. Kita tunggu siasatan
dalaman oleh audit luar yang dijangka akan dimulakan pada Januari
depan,” katanya.

Kaveat persendirian adalah kaveat yang dimasukkan oleh individu atau
badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah bagi
menyekat atau menghalang sebarang urus niaga harta itu, termasuk
dipindah milik dan hanya boleh ditarik balik menerusi perintah mahkamah.

Shahrir berkata Felda akan berusaha mendapatkan balik hak milik tanah
itu dan sebarang rundingan masih boleh dilakukan dengan syarikat
terlibat jika mahu memulangkan tanah itu.

“Kita tidak berminat sebarang duit tetapi kita mahu tanah,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons