February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


HUTANG belum selesai melibatkan transaksi dadah dipercayai punca kepada pembunuhan kejam seorang lelaki berusia 44 tahun di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor pada hari ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dilaporkan berkata, berikutan hutang tersebut sebuah lagi kongsi gelap telah menghantar orang-orang mereka untuk menangkap mangsa.

“Informasi dari hasil siasatan awal kami menunjukkan kejadian itu berpunca dari hutang antara dua individu, seorang lelaki dan seorang wanita yang telah ditahan di Pulau Pinang pada 20 Disember,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat polis Johor hari ini.

Katanya, jumlah hutang berkenaan sedang disiasat dan identiti mangsa sudah dikenal pasti sebagai salah seorang ahli sebuah kumpulan kongsi gelap di Johor.

Menurut Wan Ahmad, setakat ini pihak polis telah menahan seramai 14 individu berhubung kes berkenaan.

Katanya tangkapan terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun di Johor Bahru hari ini. Seramai 13 individu lain yang telah ditahan pihak polis kini sebelum ini, direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

“Dua tangkapan pertama dilakukan di Pulau Pinang manakala 7 lagi individu ditahan di Singapura dan lima lagi ditahan di Johor Bahru,” katanya.

Katanya lagi, individu yang kini dalam tahanan pihak polis berusia antara 16 dan 26 tahun, terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita.

“Kami sedang mengumpulkan segala maklumat namun segelintir individu yang ditahan mempunyai masalah berkomunikasi di dalam bahasa Melayu,” katanya.

“Kita juga telah merakamkan 8 kenyataan dari saksi-saksi. Lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan kami melengkapkan siasatan,” katanya.

Katanya, pihak polis masih lagi mencari senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu, beserta kenderaan BMW yang terlibat.

“BMW itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kereta tersebut telah diklon. Pemilik nombor pendaftaran itu telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian,” katanya.

Tambahnya, pembunuhan itu sepatutnya dilihat sebagai kes terpencil namun telah menarik perhatian ramai selepas video kejadian itu menjadi viral di internet dan laman sosial.

Wan Ahmad juga meminta orang awam tidak merasa takut dengan kejadian tersebut dan menasihatkan orang ramai supaya yakin dengan pihak polis untuk menyelesaikan kes itu.

“Semuanya dalam kawalan, tidak ada sebab untuk masyarakat di Johor Bahru merasa bimbang bagi meneruskan aktiviti harian, pelancong juga boleh terus datang ke pusat bandar kerana pihak polis sentiasa bersedia di dalam memastikan keselamatan awam sebagai keutamaan,” katanya.

Tambahnya lagi, beberapa operasi khas termasuk Ops Cantas, Ops Noda, dan Ops Dadu kini sedang dilaksanakan menjelang sambutan tahun baru dan kehadiran pihak polis boleh dilihat dengan jelas di ibu negeri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons