February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUALA LUMPUR: Kes saman bekas Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk
Abdul Walid Abu Hassan terhadap seorang ibu tunggal atas dakwaan
memfitnah beliau pernah mengadakan hubungan seks dengannya, berjaya
diselesaikan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

 

Ibu tunggal itu, Yuhasni Mohd Yusoff membuat permohonan maaf kepada
Abdul Walid pada 7 Disember lalu dan ia direkodkan oleh Hakim M.
Gunalan.

 

Dalam perintah persetujuan tersebut, Yuhasni yang dinamakan sebagai
pihak defendan membacakan kenyataan tersebut di mahkamah itu.

 

Perintah persetujuan itu menyebut, Yuhasni, 38, mengakui bahawa dia
memahami dakwaannya itu telah menyebabkan rasa malu dan keresahan kepada
Abdul Walid selaku pihak plaintif. 

 

Yuhasni yang mengakui membuat kenyataan tersebut tanpa berfikir panjang
sehubungan itu memohon maaf tanpa sebarang syarat dan meluahkan rasa
kesalnya kepada pihak plaintif atas kesengsaraan mental, kerugian
kesulitan yang dialaminya serta syak wasangka yang timbul ekoran
kenyataan tersebut. 

 

Susulan pernyataan maaf itu, Abdul Walid juga tidak akan meneruskan
aduan qazaf bertarikh 6 Disember lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan, Putrajaya terhadap Yuhasni.

 

Pihak plaintif yang diwakili firma guaman, Tetuan Zulkifli Yong Azmi
& Co. telah menyaman defendan untuk menuntut ganti rugi RM1 juta
atas trauma mental serta emosi yang dialami ekoran dakwaan tersebut.

 

Turut dituntut adalah perintah injunksi kekal bagi menghalang defendan
daripada terus memfitnahnya dan permohonan maaf tanpa syarat daripada
defendan.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons